Persatuan Aeronautik Universiti Teknologi Malaysia Kampus Kuala Lumpur telah menganjurkan sebuah Majlis Ta’aruf pada 10 Jun 2011 bersamaan hari Khamis yang bermula pada 8.30 malam bertempat di Dewan Jumaah.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk beramah mesra juga memperkenalkan ahli jawatan kuasa kepada ahli-ahli persatuan yang baru dan seterusnya membentangkan aktiviti-aktiviti persatuan yang dicadangkan untuk dijalankan.
Majlis ini dimulakan oleh Naib Presiden persatuan ini iaitu saudara Muhammad Adli bin Jaafar yang ditugaskan untuk mempengurusi acara. Saudara Adli telah memperkenalkan Presiden persatuan ini iaitu Syed Ysser Bin Syed Hasan. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa saudara Muhammad Fahmi Naim Bin Ali selaku exco kerohanian dan seterusnya pembentangan logo, visi dan misi dilakukan oleh saudara Shahiran.
Dalam pembentangan logo, logo yang ditunjukkan adalah logo sementara. Sayap yang terdapat pada logo itu melambangkan bahawa persatuan ini meletakkan cita-cita yang tinggi kepada setiap ahli persatuan dalam menaikkan lagi nama persatuan Aeronautik. Seterusnya, misi persatuan ini adalah menjana program-program yang matang dan bermanfaat dengan memberikan input berharga seterusnya menghasilkan jati diri dalam setiap ahli persatuan. Manakala visi pula adalah menjana modal insan yang cemerlang dari segi akademik, jasmani, serta rohani yang berwawasan luas dalam membangunkan masyarakat.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Presiden persatuan dan pembentangan aktiviti-aktiviti yang ada dalam rancangan persatuan ini. Menurut ucapan beliau, ahli persatuan digalakkan untuk aktif dalam mana-mana program yang ada di universiti ini untuk menambahkan pengalaman supaya dapat memberi sumbangan dalam persatuan ini. Tambahan beliau, setiap ahli mesti sentiasa beramah mesra antara satu sama lain supaya dapat memberi ransangan dalam bekerja di dalam kumpulan.
Suasana di dalam dewan jumaah pada ketika itu adalah sangat menyenangkan kerana semua ahli adalah sangat ramah. Aktiviti terakhir yang dijalan adalah sesi soal jawab antara ahli persatuan dan ahli jawatan kuasa. Majlis diakhiri dengan sesi bersalaman antara ahli. Semua ahli beredar pada pukul 10.30 malam.
0 comments:
Post a Comment