Monday, June 27, 2011

LAWATAN KE KILANG YAKULT


Persatuan Aeronautik telah mengadakan lawatan ke Kilang Yakult di Seremban pada hari Rabu, 15 Jun 2011. Lawatan program ini yang dilaksanakan secara ad-hoc ini adalah sebagai satu permulaan atau pendahuluan kepada sesi program-program yang akan menyusul selepas ini . Program ini secara kasar memberi gambaran bahawa persatuan aeronautik ketandusan idea dan lemah dalam tindakan. 



Tetapi, menurut Presiden persatuan Aeronautik, Syed Yasser Syed hasan program ini dijalankan bertujuan memberi pendedahan awal kepada ahli-ahli yang tidak pernah membuat program dan secara tidak langsung memberi pendedahan kepada persoalan bagaimana hendak menyiapkan kertas kerja yang mantap lagi lengkap. Menurut beliau lagi,program ini seiring dengan visi persatuan aeronautik yang berhasrat melahirkan ahli yang mempunyai input dan mampu memberi output kepada orang sekitar yakni masyarakat. Dinihari, masyarakat sering menyalah tafsirkan tentang keperluan sesuatu barangan. Tanpa penerangan yang tepat, mereka akan terus berada di dalam keadaan yang tidak tahu.

Sampainya ahli persatuan Aeronautik di kilang tersebut, mereka diberi pendedahan tentang penjagaan kesihatan melalui minuman susu kultur. Kesihatan adalah sangat penting kepada setiap manusia lebih-lebih lagi kepada pelajar yang sememangnya memerlukan kesihatan untuk menuntut ilmu. Dalam sesi soal jawab pula, pelbagai persoalan tentang kebaikan susu kultur ini telah terjawab. Dengan ini, ahli-ahli dapatlah menjaga kesihatan diri juga menyampaikan kebaikan ini kepada orang lain.

Setiap ahli persatuan Aeronautik yang menyertai lawatan telah diberikan minuman susu kultur yakult secara percuma. Seterusnya mereka dibawa untuk melihat mesin-mesin yang digunakan untuk menghasilkan minuman susu kultur ini. Pelajar didedahkan dengan peringkat proses pembuatan susu kultur ini dengan penerangan daripada wakil kilang Yakult tersebut.

Aktiviti terakhir pada lawatan itu adalah membeli minuman susu kultur dikilang itu yang minumannya lebih segar dan murah daripada yang ada di pasaran. Lawatan berakhir pada pukul 2.30 petang.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 Reserved To Aeronautik
UTM