Sunday, February 19, 2012

Kerjaya dengan MAS atau kapal terbang

Hangar 2 MAS terletak di Subang Airport. Agak besar dan sangat menarik of course ! Tapi kalau kami dapat pergi ke KLIA pasti lebih seronok. Walau apa pun kami bersyukur dapat ke sini.

Kami disertai dengan beberapa pelajar daripada UiTM Penang kos kejuruteraan mekanikal. Degree mungkin, kami tak pasti.




Yang pasti ialah, keseronokan berada di kawasan Hangar ini sungguh tidak terkata. Walaupun kami pulang dengan sedikit kecelaruan untuk mencorak masa hadapan, kami tetap tersenyum dan gembira.

Mengapa kami menghadapi kecelaruan ?

Kami merupakan pelajar DIPLOMA KEJURUTERAAN AERONAUTIK dan kami agak & sangat teringin untuk menjadi seorang LAME ( Licensed Aircraft Maintenance Engineer). Namun begitu, berikut merupakan syarat untuk menjadi seorang LAME.

1) Belajar SEMULA selama 5 tahun untuk mendapatkan non-rated license yang maknanya kami perlu menyambung lagi 5 tahun selepas 3 tahun dalam diploma.

2) 5tahun baru untuk non rated . Perlukan lagi setahun untuk dapatkan rated untuk aircraft yg basic. Kalau nak kendalikan aircraft lain, kena sambung lagi yang lain.

Kan dah garu kepala semua sebab 3 tahun belajar diploma tapi tak dapat masuk MAS. Betol dak ?

okay ! Kat sini ada sedikit panduan untuk adik-adik yang baru lepas SPM tu atau ada jugak yg teringin nak jadi LAME.

1) Sebaik sahaja lepas SPM daftar dengan MAS atau mana-mana syarikat yang disahkan untuk mendapatkan non-rated license.

2) Pergi jadi PILOT . Masukla MFA. :)

3) Boleh jugak ambil Diploma macam kami, tapi kerjaya yang sesuai dengan kursus kami ialah Aircraft designer . Cun tak bunyi ? Tak dapat jadi pereka fesyen jadi lah pereka kapal terbang .

okay ! Kalau ada sebarang soalan mengenai aviation atau kursus kami , tanya di sini okay ?


Thursday, October 20, 2011

Jawatankuasa Baru 2012

Assalamualaikum.
Salam pertemuan.
Maka pada 18/10/2011 Persatuan Aeronautik telahpun mengadakan AGM ataupun Annual General Meeting untuk membubarkan jawatankuasa lama dan untuk melantik yang baharu.
Alhamdulillah AGM ini berjalan dengan selamat dan gembiranya.
Jadi untuk mengenali warga baru jawatankuasa Aeronautik, kami telah meletakkan gambar di sidebar kiri yang didirect ke facebook mereka untuk berhubung lebih rapat.
Selamat Berkenalan dan semoga bergembira dengan pemerintahan baru ! daaa . :)

Monday, June 27, 2011

LAWATAN KE KILANG YAKULT


Persatuan Aeronautik telah mengadakan lawatan ke Kilang Yakult di Seremban pada hari Rabu, 15 Jun 2011. Lawatan program ini yang dilaksanakan secara ad-hoc ini adalah sebagai satu permulaan atau pendahuluan kepada sesi program-program yang akan menyusul selepas ini . Program ini secara kasar memberi gambaran bahawa persatuan aeronautik ketandusan idea dan lemah dalam tindakan. 


MAJLIS TA’ARUF MAHASISWA PERSATUAN AERONAUTIK



Persatuan Aeronautik Universiti Teknologi Malaysia Kampus Kuala Lumpur telah menganjurkan sebuah Majlis Ta’aruf pada 10 Jun 2011 bersamaan hari Khamis yang bermula pada 8.30 malam bertempat di Dewan Jumaah. 







Wednesday, April 13, 2011

Kejohanan Rugbi 7 Sebelah UTM


Tarikh : 5 Mac 2011
Masa : 7.00am - 2.00pm

Tempat : Padang UTM International Campus, Kuala Lumpur.

Laporan :

Satu Kejohanan Tech Game yang terdiri daripada Kejohanan Rugbi 7 Sebelah, Kejohanan Bola Tampar Lelaki, dan Kejohanan Bola Jaring Perempuan. Persatuan Aeronautik telah menghantar satu pasukan Kejohanan Rugbi 7 sebelah yang bertujuan untuk memperkenalkan sukan rugbi dalam kalangan mahasiswa khususnya ahli persatuan aeronautik. Pasukan 'Aeroxx' telah diwakili oleh Syed Yasser Ahmad Asyraf, Aliff Danial, Mohammad Firdaus Syakirin, Mohd Muazzam, Muhammad Ashraf, Muhammad Husaini, Muhammad Razlan, Muhammad Syahir dan Muhamad Fazli. Pasukan Aeroxx telah meraih tempat ke-4 namun sedikit pun tidak lemah semangat tetap dapat menamatkan perlawanan hingga ke saat akhir. Tidak lupa juga kepada Aliff Danial yang menyandang jawatan sebagai kapten pasukan atas kepimpinan dan tunjuk ajar dalam memimpin serta merangka strategi pasukan Aeroxx.
Copyright © 2012 Reserved To Aeronautik
UTM