Wednesday, April 13, 2011

AeroNite 2011






Tarikh : 12 Februari 2011
Masa : 8.30pm - 11.30pm
Tempat :Dewan Besar, UTM International Campus
Laporan :
Pada hari tersebut, Majlis AeroNite telah berlangsung dan merupakan salah satu tradisi kepada pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik). Tema yang dibawa pada majlis AeroNite kali ini adalah bertemakan 'Mysterious Nite' yang mana semua pelajar memakai topeng muka sepanjang majlis tersebut. Turut hadir pada malam tersebut ialah penasihat jurusan mekanikal Aeronautik, Prof. Madya Sallehudin bin Mohamad beserta keluarga. Antara agenda pada malam tersebut ialah tayangan montaj, persembahan pentas oleh pelajar-pelajar, jamuan makan malam, beserta cabutan bertuah. Majlis berakhir pada jam 11.30 malam.

Thursday, August 26, 2010

International Hot Air Balloon Fiesta




Tarikh : 17 MAC 2011
Masa : 7.00am – 5.00pm
Tempat : Monumen Alaf Baru, Precint 2, Putrajaya.
Aktiviti : 3rd International Hot Air Balloon Fiesta.
Laporan:
Pada jam 8.00am kami tiba di Presint 2, Putrajaya. Di situ juga kami telah melihat beberapa belon panas sedang dinaikkan. Antara aktiviti selain daripada pameran belon udara panas ialah berkayak, perjumpaan bersama veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Bayaran masuk bagi aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur adalah dalam lingkungan RM5-Rm10 sahaja.
Program kami berakhir pada jam 5.00pm. Kami juga difahamkan bahawa hanya pelajar daripada UTM sahaja yang menghantar wakil bagi lawatan ini. Kesimpulannya, banyak pendedahan dan fakta ilmiah yang kami dapat daripada lawatan ini seiring dengan objektif Persatuan Aeronautik di UTM International Campus, Kuala Lumpur.



Copyright © 2012 Reserved To Aeronautik
UTM